Kursus Keusahawanan

20 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Bukit Tandak bukan sahaja pusat untuk komuniti menggunakan kemudahan ICT tapi merupakan pusat sehenti untuk masyarakat mendapatkan ilmu mengenai keusahawanan. Pada 19 dan 20 Disember 2018 yang lalu, dari jam 10pagi-5petang, PI Bukit Tandak telah mengajar seorang guru sekolah rendah yang sangat berminat dengan perniagaan dan kami menggunakan modul INTEL yang disampaikan oleh pengurus Pi Bukit Tandak. Tujuan utama kursus untuk menggalakkan lagi komuniti setempat untuk menceburi bidang keusahawanan @ perniagaan. Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai ICT, penggunaan komputer dan cara-cara untuk mencari maklumat mengenai produk yang hendak diniagakan.

Selain itu juga, pesrta diajar menggunakan ‘designevo’ untuk membuat logo syarikat. Aktiviti ini dapat memberi banyak kebaikannya. Antaranya adalah peserta dapat mencari maklumat mengenai cara-cara mencari maklumat mengenai produk yang hendak diniagakan. Peserta juga dapat mempelajari mengenai cara-cara penggunaan komputer, Microsoft Word dan Internet. Ia dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada peserta mengenai Keusahawanan.

1) Pengenalan asas komputer, internet dan email
- Peserta diberi tunjuk ajar mengenai asas komputer seperti internet, email & Ms Office.
- Pengenalan kepada peralatan dan komputer
- Pendedahan mengenai pencarian maklumat melalui internet.

2) Pengenalan Asas Keusahawanan dengan menggunakan modul Intel
3) Cara menggunakan ‘designevo’


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas